SBC/CIR/192/2020
08th February, 2021

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received a notification from the Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) regarding the above.

The said notification is reproduced below for easy reference.

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you,
 

Murali Velautham
Chairman
Selangor Bar Committee

________________________________________________

MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEPENUHNYA BAHAGIAN PENDAFTARAN DI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (PPTGWPKL) SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormat saya merujuk perkara di atas.

2.  Dimaklumkan bahawa semua kaunter-kaunter Bahagian Pendaftaran di PPTGWPKL telah kembali beroperasi sepenuhnya kepada pelanggan sejak Selasa, 2 Februari 2021. Sehubungan dengan itu, semua urusan berkaitan Siasatan dan Lelongan Awam yang telah dijadualkan akan diteruskan selaras dengan SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh MKN bertarikh 27 Januari 2021, Perutusan Khas Perdana Menteri berkenaan pengoperasian Sektor Ekonomi dan dasar-dasar PPTGWPKL.

3.  Bagi tujuan mengurangkan tempoh masa berurusan secara bersemuka (face-to-face), Pentadbiran ini amat menggalakkan para pelanggan untuk memaksimakan penggunaan urusan perkhidmatan yang boleh dibuat secara online seperti Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Bayaran-Bayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah dilaksanakan melalui gerbang Portal Rasmi PPTG WPKL serta gerbang Single Window Search (SWS). Oleh yang demikian, pengguna Sistem e-Tanah yang telah berdaftar adalah dinasihati untuk membuat permohonan secara online. Tiada lagi permohonan Carian Rasmi dan Carian Persendirian diterima secara walk-in di Kaunter Carian yang telah berkuatkuasa bermula 2 Februari 2021 bagi pengguna yang telah berdaftar di Sistem e-Tanah. Langkah ini diambil demi untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19 serta dapat memaksimakan jumlah pelanggan yang hadir untuk tujuan perserahan (presentation) dokumen pendaftaran.

4. Para pelanggan yang hadir ke premis PPTGWPKL adalah diwajibkan untuk mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan, termasuk memakai pelitup muka (face-mask) setiap masa, menjalani pemeriksaan suhu badan, mendaftar masuk (check-in) kehadiran melalui aplikasi MySejahtera dan mengamalkan penjarakan sosial (social-distancing)  serta menggunakan sanitasi tangan (hand-sanitizer) yang disediakan.

5.  Makluman ini disampaikan untuk tindakan dan hebahan dipihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

         nls
(Nor Laili Bt Safiin)
Penolong Pengarah
Bahagian Pendaftaran
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3404   |  Fax: 03-2610
✉: laili@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points