SBC/CIR/169/2021
06th October, 2021

Dear Members and Pupils of the Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received notification from Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTGNS) regarding the above matter.

The said notification is reproduced below for ease of reference.

Pemakluman Penamatan Pengecualian Denda Lewat Urusniaga

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you.

Kokila Vaani Vadiveloo
Chairman
Selangor Bar Committee

___________________________________________________________________________________

YBhg. Dato'/Tuan / Puan,

PEMAKLUMAN PENAMATAN PENGECUALIAN DENDA LEWAT URUSNIAGA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sebagaimana pihak YBhg. Dato'/tuan/puan sedia maklum, pihak PTGS memberikan pengecualian denda lewat suratcara urusniga yang mana tarikh penyaksian bermula 01 Mac 2021 sehingga tamat tempoh PKP Penuh (Full Lockdown).

3. Walau bagaimanapun, bermula pada 01 Oktober 2021, PTGS telah mula beroperasi sepenuhnya. Sehubungan dengan itu, PTGS akan menamatkan pemberian pengecualian denda lewat urusniaga berakhir pada 15 Oktober 2021. Kesemua dokumen perserahan yang telah dibayar hendaklah diserahkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh bayaran dibuat. Juga dimaklumkan bahawa selepas dari tarikh tersebut, tiada lagi pengecualian denda lewat akan diberikan.

4. Adalah diharapkan supaya semua pihak yang berkepentingan dalam berurusan dengan PTGS terutamanya pihak peguam dapat memahami bahawa pihak Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pemegang taruh (stakeholders) tetapi pada masa yang sama aspek kesihatan dan keselamatan amat diutamakan terutamanya dalam situasi semasa kini. Semua pihak diminta untuk memainkan peranan bagi membendung penularan wabak Covid-19 ini terutamanya di Negeri Selangor dan harus memahami bahawa "business is not as usual anymore" dan norma-norma baharu yang diperkenalkan haruslah sentiasa diikuti demi kebaikan semua.

Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Dato'/tuan/puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"SELANGOR MAJU BERSAMA”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

RECENT POSTINGS

Events with CPD points