SBC/CIR/066/2021
01st June, 2021

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received notification from the Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPTGWPPj) regarding the above.

The said notice is reproduced below for ease of reference.

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you.

Kokila Vaani Vadiveloo
Chairman
Selangor Bar Committee
__________________________________________________________________________________

MAKLUMAN BERKENAAN PENUTUPAN PENUH PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (PPTGWPPj)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa PPTGWPPj ditutup sepanjang tempoh penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ bermula 1 Jun 2021 sehingga dibenarkan beroperasi semula.

3. Sehubungan itu, perkara-perkara berikut akan dikuatkuasa bagi urusan-urusan yang berkaitan sepanjang tempoh tersebut:

i) Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga yang tamat semasa tempoh total lockdown. Kelonggaran untuk mengemukakan perserahan urusniaga ialah dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh akhir perserahan.

ii) Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat semasa tempoh total lockdown. Kelonggaran untuk membuat kutipan hakmilik ialah dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh akhir yang ditetapkan.

iii) Surat Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan yang tamat tempoh semasa tempoh total lockdown diberi lanjutan masa selama satu (1) bulan dari tarikh tamat tempoh surat tersebut.

iv) Semua siasatan hakmilik hilang yang telah ditetapkan semasa tempoh total lockdown ditangguhkan dan pejabat ini akan mengeluarkan surat baharu apabila dibenarkan beroperasi semula.

v) Semua slot temujanji dari 1 Jun sehingga 7 Jun 2021 dibatalkan. Permohonan akan dibuka apabila dibenarkan beroperasi semula.

4. Pentadbiran ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dipihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

(FARHAN BIN HASSAN)
b.p Pentadbir Tanah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
Wilayah Persekutuan Putrajaya

RECENT POSTINGS

Events with CPD points