SBC/CIR/062/2021
31st May, 2021

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received notification from the Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) regarding the above.

The said notice is reproduced below for ease of reference.

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you.

Kokila Vaani Vadiveloo
Chairman
Selangor Bar Committee

__________________________________________________________________________________

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumakan bahawa PPTG WPKL ditutup sepanjang tempoh penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun 'total lockdown' bermula 1 Jun 2021 sehingga dibenarkan beroperasi semula.

3. Sehubungan itu, perkara-perkara berikut akan dikuatkuasa bagi urusan-urusan yang berkaitan sepanjang tempoh tersebut:

i) Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga yang tamat semasa tempoh total lockdown. Kelonggaran untuk mengemukakan perserahan urusniaga ialah dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh akhir perserahan.

ii) Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat semasa tempoh total lockdown. Kelonggaran untuk membuat kutipan hakmilik ialah dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh akhir yang ditetapkan.

iii) Surat Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan yang tamat tempoh semasa tempoh total lockdown diberi lanjutan masa selama satu (1) bulan dari tarikh tamat tempoh surat tersebut.

iv) Semua siasatan lelongan awam dan hakmilik hilang yang telah ditetapkan semasa tempoh total lockdown ditangguhkan dan pejabat ini akan mengeluarkan surat baharu apabila dibenarkan beroperasi semula.

v) Semua slot temujanji dari 1 Jun sehingga 7 Jun 2021 dibatalkan. Permohonan akan dibuka apabila dibenarkan beroperasi semula.

4. Pentadbiran ini turut ingin memaklumkan bahawa semua operasi
perkhidmatan secara online yang melibatkan Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Bayaran-Bayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah boleh dilaksanakan melalui gerbang Portal Rasmi PPTG WPKL serta gerbang Single Window Search (SWS), dan para pelanggan adalah digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

5. Pentadbiran ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dipihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

nls
(Nor Laili Bt Safiin)
Penolong Pengarah
Bahagian Pendaftaran
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3404 | Fax: 03-2610
✉: laili@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points