SBC/CIR/048/2021
19th May, 2021

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received two notices from the Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPTGWPPj) regarding the above.

The said notices are reproduced below for ease of reference.

Notis Makluman Waktu Operasi Pejabat Pengarah Tanah & Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPTGWPPj) Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Wilayah Persekutuan Putrajaya (12 Mei 2021 – 7 Jun 2021)

Notis Prosedur Operasi Standard Ketika Melakukan Urusniaga Di Premis PPTGWPPj Berdasarkan Normal Baharu

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you,

Kokila Vaani Vadiveloo
Chairman
Selangor Bar Committee

___________________________________________________________________________________

SOP Pengendalian Isu-isu Penularan Jangkitan Wabak Covid-19 di Premis Kerajaan dan Waktu Operasi Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPTGWPPj)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan bagi Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya (12 Mei – 7 Jun 2021) dan Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA.800-1/6/4(2) bertarikh 16 Mac 2020, adalah dimaklumkan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPTGWPPj) akan komited meneruskan perkhidmatan kaunter perkhidmatan pelanggan PPTGWPPj bagi memudahkan dan memastikan semua urusniaga dan bukan urusniaga berkaitan dapat dilaksanakan tertakluk kepada:

2.1 Ketetapan temujanji awal dan waktu operasi kaunter (seperti di lampiran) berdasarkan arahan Ketua Setiausaha Negara bahawa maksimum 30% kehadiran pegawai dan kakitangan dalam sesuatu masa; dan

2.2 SOP Kawalan Kehadiran Pelanggan Kaunter Khidmat Pelanggan PPTGWPPj (seperti di lampiran) berdasarkan Garis Panduan Pengendalian Isu-Isu Penularan Jangkitan Wabak Covid-19 di Premis Kerajaan seperti ketetapan surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 16 Mac 2020.

3. Usaha ini adalah bagi mencegah dan meminimumkan risiko penularan wabak jangkitan wabak Covid-19 di PPTGWPPj di samping memastikan penyediaan perkhidmatan pendaftaran dan pengurusan tanah yang berterusan di WP putrajaya. Ketetapan perkara 2.1 dan 2.2 adalah berkuatkuasa sepanjang tempoh kuatkuasa perintah kawalan pergerakan di WP Putrajaya bermula dari tarikh emel ini.

4. Sehubungan itu, dimohon pihak tuan/puan untuk berkongsi, mengedar dan memaklum perkara tersebut kepada pihak-pihak berkaitan bagi memudahkan urusan merancang dan menyelaras proses kerja serta urusan dengan PPTGWPPj mengikut ketetapan yang disediakan. Ini bagi mengelakkan urusniaga dan bukan urusniaga tidak dapat dilaksanakan seterusnya menyebabkan kelewatan dan denda kepada transaksi berkaitan.

5. Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

'PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19'
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menjalankan amanah,

(FARHAN BIN HASSAN)
b.p Pentadbir Tanah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya
Aras G, Blok 2
Menara Seri Wilayah, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel: 03-8889 7778 | Fax: 03-8881 1804
✉: farhan@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points