SBC/CIR/200/2020
19th February, 2021

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received a notification from the Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) regarding the above.

The said notification is reproduced below for easy reference.

PEMBERITAHUAN BERKUATKUASA DENDA LEWAT URUSNIAGA DAN PUNGUTAN HAKMILIK DI PEJABAT TANAH DAN DAERAH SERTA PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you,

Murali Velautham
Chairman
Selangor Bar Committee

____________________________________________________

YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN BERKUATKUASA DENDA LEWAT URUSNIAGA DAN PUNGUTAN HAKMILIK DI PEJABAT TANAH DAN DAERAH SERTA PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Dimaklumkan bahawa semua kaunter Pejabat Tanah dan Daerah serta Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor telah beroperasi sepenuhnya pada 02 Februari 2021 (Selasa). Rentetan daripada pembukaan operasi kaunter tersebut denda lewat bagi urusan urusniaga dan pungutan hakmilik akan berkuatkuasa semula pada 01 Mac 2021. Sehubungan dengan itu, mana-mana perserahan yang masih belum disempurnakan pihak tuan diminta menyelesaikan dengan kadar segera bagi mengelak sebarang kesulitan berlaku.

3. Bagi permohonan dan pembayaran urusniaga dan bukan urusniaga termasuk permohonan carian rasmi dan carian persendirian masih perlu mengunakan sistem Smartbox (atas talian) sepenuhnya dan serahan dokumen adalah melalui kiosk smartbox.

4. Sebarang maklumat lanjut boleh melayari https://ptg.selangor.gov.my atau e-mel ptgs@selangor.gov.my dan sebarang perubahan dan informasi terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

5. Pentadbiran ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul di pihak YBhg. Dato'/Tuan/Puan. Kerjasama semua berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"SELANGOR MAJU BERSAMA"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Bahagian Hakmilik Strata
Pejabat Tanah dan Galian Selangor

RECENT POSTINGS

Events with CPD points