SBC/CIR/187/2020
29th January, 2021

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received a notification from the Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) regarding the above.

The said notification is reproduced below for easy reference.

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you,

Murali Velautham
Chairman
Selangor Bar Committee

________________________________________________

MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEPENUHNYA KAUNTER-KAUNTER BAHAGIAN PENDAFTARAN DAN HASIL DI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (PPTGWPKL) MULAI 2 FEBRUARI 2021

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormat saya merujuk perkara di atas dan siaran emel Pentadbiran ini bertarikh 22 Januari 2021 yang lalu adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan bahawa semua kaunter-kaunter Bahagian Pendaftaran (Aras G) dan Bahagian Hasil (Aras 1) di PPTGWPKL akan kembali mula beroperasi sepenuhnya kepada pelanggan mulai Selasa, 2 Februari 2021 seperti berikut:

2.1 Waktu Operasi Kaunter : 9:00 pagi hingga 2:00 petang

2.2 Jenis Perkhidmatan : Semua jenis urusan pendaftaran (termasuk perserahan urusniaga dan bukan urusniaga; kutipan dokumen; dan bayaran)

3. Para pelanggan yang hadir ke premis PPTGWPKL adalah diwajibkan untuk mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan, termasuk memakai pelitup muka (face-mask) setiap masa, menjalani pemeriksaan suhu badan, mendaftar masuk (check-in) kehadiran melalui aplikasi MySejahtera; dan mengamalkan penjarakan sosial (social-distancing) minimum 1 meter serta menggunakan sanitasi tangan (hand-sanitizer) yang disediakan.

4. Bagi tujuan mengurangkan tempoh masa berurusan secara bersemuka (face-to-face), Pentadbiran ini amat menggalakkan para pelanggan untuk memaksimakan penggunaan urusan perkhidmatan yang boleh dibuat secara online seperti Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Bayaran-Bayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah dilaksanakan melalui gerbang Portal Rasmi PPTG WPKL serta gerbang Single Window Search (SWS). Ini demi untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19, serta dapat memaksimakan jumlah pelanggan yang hadir untuk tujuan perserahan (presentation) dokumen pendaftaran dalam tempoh operasi kaunter-kaunter berkenaan.

5. Makluman ini disampaikan untuk tindakan hebahan dipihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Firdaus
(MOHD FIRDAUS BIN IBARUSLAN)
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian
(Deputy Director of Land and Mines)
Sektor Pendaftaran Tanah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3401 | Fax: 03-2610 3490
✉: mohdfirdaus@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points