SBC/CIR/183/2020
22nd January, 2021

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received a notification from the Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) regarding the above.

The said notification is reproduced below for easy reference.

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you,

Murali Velautham
Chairman
Selangor Bar Committee

___________________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormat saya merujuk perkara di atas.

2. Berikutan pengumuman Kerajaan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilanjutkan sehingga 4 Februari 2021, dimaklumkan bahawa kaunter Bahagian Pendaftaran di PPTGWPKL akan kembali mula beroperasi secara terhad kepada pelanggan mulai Isnin, 25 Januari 2021 seperti berikut:

2.1 Waktu Operasi Kaunter : 9:00 pagi hingga 2:00 petang

2.2 Jenis Perkhidmatan : Semua jenis urusan kutipan (termasuk semua kutipan dokumen perserahan/presentation; kutipan dokumen Carian Rasmi, dan kutipan dokumen hakmilik)

3. Para pelanggan yang hadir ke premis PPTGWPKL adalah diwajibkan untuk mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan, termasuk memakai pelitup muka (face-mask) setiap masa, menjalani pemeriksaan suhu badan, mendaftar masuk (check-in) kehadiran melalui aplikasi MySejahtera; dan mengamalkan penjarakan sosial (social-distancing) minimum 1 meter serta menggunakan sanitasi tangan (hand-sanitizer) yang disediakan.

4. Memandangkan urusan perserahan (presentation) dokumen tidak termasuk di dalam perkhidmatan operasi terhad (seperti dinyatakan di perenggan 2.2 di atas), Sehubungan itu, perkara-perkara berikut akan dikuatkuasa bagi urusan-urusan yang berkaitan sepanjang tempoh pelanjutan PKP;

4.1 Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga yang tamat semasa PKP. Kelonggaran untuk mengemukakan perserahan urusniaga ialah dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh 5 Februari 2021.

4.2 Surat Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan yang tamat tempoh semasa PKP diberi lanjutan masa selama satu (1) bulan daripada tarikh 5 Februari 2021.

4.3 Semua siasatan lelongan awam dan hakmilik hilang yang telah ditetapkan semasa PKP akan ditangguhkan, dan Pentadbiran ini akan menetapkan semula tarikh serta mengeluarkan surat baru.

5. Pentadbiran ini turut ingin memaklumkan bahawa semua operasi perkhidmatan secara online yang melibatkan Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Bayaran-Bayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah boleh dilaksanakan melalui gerbang Portal Rasmi PPTG WPKL serta gerbang Single Window Search (SWS), dan para pelanggan adalah digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

6. Pentadbiran ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dipihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Firdaus
(MOHD FIRDAUS BIN IBARUSLAN)
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian
(Deputy Director of Land and Mines)
Sektor Pendaftaran Tanah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3401 | Fax: 03-2610 3490
✉: mohdfirdaus@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points