SBC/CIR/179/2020
19th January, 2021

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

Kindly be informed, after numerous meetings and follow up by Puan Nurul Muhaniza Binti Hanafi, the Chairperson of the Conveyancing, SRE, Non-Contentious Matters Sub-Committee, we would like to state that as follows.

The Selangor Bar Committee has received a notification from Encik Mohamad Hazrin Bin Zakaria, Bahagian Pendaftaran Hakmilik, Pejabat Tanah dan Galian Selangor regarding the above.

The said notification is reproduced below for easy reference.
Surat Pemakluman Pembukaan Operasi Kaunter Pungutan Secara Terkawal Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor
QMS QR Code  

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you,

Murali Velautham
Chairman
Selangor Bar Committee  

_____________________________________________________________________________________

YBhg. Dato’/Tuan/Puan,
 
PEMBERITAHUAN PEMBUKAAN OPERASI KAUNTER PUNGUTAN SECARA TERKAWAL PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR BERMULA PADA 21 JANUARI 2021 (KHAMIS)

 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
 
2. Dimaklumkan bahawa Kaunter Pungutan, Bahagian Pendaftaran Hamilik akan mula beroperasi secara terkawal bermula pada 21 Januari 2021 (Khamis) seperti kaedah berikut:

 a) Kaunter pungutan akan beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari sahaja.
 b) Hanya 30 nombor giliran disediakan setiap hari sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 c) Setiap penyerah hanya dibenarkan untuk membuat pungutan tidak lebih daripada dua (2) firma guaman sahaja.
 d) Pungutan adalah melalui kaedah temujanji imbasan kod QR yang telah dimuat naik di dalam portal rasmi PTGS.
 e) Pihak peguam dan orang ramai perlu membuat tempahan slot temujanji
 f) Bagi pungutan bermula pada 21 Januari 2021 (Khamis), pihak peguam dan orang ramai perlu mengimbas kod QR pada 20 Januari 2021 (Rabu) bermula jam 10.00 pagi dan pihak yang berjaya mendapatkan nombor giliran perlu mencetak slip pengesahan tersebut untuk dibawa semasa hadir membuat pungutan. Kaedah ini adalah sama untuk pungutan bagi hari-hari berikutnya.
 g) Sesi tempahan slot pungutan melalui imbasan kod QR akan dibuka pada jam 10.00 pagi setiap hari sehingga selesai nombor giliran yang diperuntukkan.
 h) Pihak yang berjaya mendapatkan slot pungutan perlu hadir membawa slip pengesahan nombor giliran semasa hadir temujanji pungutan. i) Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan angka giliran tuan/puan adalah terbatal. j) Pihak peguam dan orang ramai diminta untuk menyemak terlebih dahulu status dokumen sedia dipungut melalui https://eperserahan.selangor.gov.my/indexpgt.ph bagi memastikan status dokumen sebelum tempahan slot pungutan dibuat.   
3. Sebarang pertanyaan lanjut pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan boleh melayari laman web rasmi PTGS di https://ptg.selangor.gov.my atau email ptgs@selangor.gov.my dan sebarang perubahan dan informasi terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.  

Bersama-sama ini disertakan surat rasmi pemakluman perkara berkaitan di atas beserta QR Code link untuk tempahan slot temujanji pungutan bermula pada 20 Januari 2021 (Rabu) bagi tindakan lanjut.
 
Pentadbiran ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul di pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan. Kerjasama semua pihak berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih
 
“SELANGOR MAJU BERSAMA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
   
 
Saya yang menjalankan amanah,

Mohamad Hazrin bin Zakaria
Bahagian Pendaftaran Hakmilik
PTGS  

RECENT POSTINGS

Events with CPD points