SBC/CIR/173/2020
13th January, 2021

Dear Members & Pupils of the Selangor Bar,

The Selangor Bar has been notified by the Deputy Registrar of the Criminal High Courts, Shah Alam with regard to the Postponement of Case Management, Hearings and Trials during the recent MCO.

Kindly click here to view the ‘Pembatalan OTP Kes’. The said notification is reproduced below and members are advised to please take note and be guided accordingly.
 

Thank you,
 

Murali Velautham
Chairman
Selangor Bar Committee

___________________________________________________________________________________

Tuan/Puan,

Dengan hormat saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Selangor yang akan berkuatkuasa pada 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021, bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat, semua pengurusan kes, pendengaran dan perbicaraan kes jenayah di Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam adalah dilapangkan. Tarikh penjadualan semula bagi kes-kes tersebut boleh disemak melalui sistem efs.

3.   Sehubungan dengan itu, Perintah bagi Mengemukakan Orang dalam Jagaan (OTP) yang dikeluarkan bagi kesemua kes jenayah yang telah ditetapkan dari tempoh 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021 adalah dibatalkan.

4. Bersama-sama ini, dilampirkan senarai-senarai kes yang berkaitan untuk perhatian pihak Tuan/Puan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, Pegawai berikut boleh dihubungi:

Mageshwary A/P Muniandy,
Timbalan Pendaftar(Pengurus)
Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam
No.Tel Bimbit: 018 352 2969
Emel : mageshwary@kehakiman.gov.my

5.   Selain itu, dipohon kerjasama pihak Tuan/Puan dalam memaklumkan perkara ini kepada ahli-ahli majlis yang lain. Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Tuan/Puan amat dihargai.
 

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

               t.t
MAGESHWARY A/P MUNIANDY
Timbalan Pendaftar (Pengurus)
Mahkamah Tinggi  Jenayah
Shah Alam

RECENT POSTINGS

Events with CPD points