SBC/CIR/143/2020
13th November, 2020

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received a notification from the Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) regarding the above.

The said notification is reproduced below for easy reference.

Notis Pemberitahuan Penutupan Premis Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you,
 

Murali Velautham
Chairman
Selangor Bar Committee
_____________________________________________________________________

YBhg. Datuk/Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN PREMIS PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (PPTGWPKL)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.    Dimaklumkan bahawa satu (1) kes positif ujian saringan COVID-19 telah dilaporkan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL). Sehubungan dengan itu, premis PPTGWPKL akan ditutup mulai Khamis, 12 November 2020 sehingga 20 November 2020. Bersama-sama ini disertakan surat pemakluman penutupan premis dan perkara-perkara yang dikuat kuasakan sepanjang tempoh penutupan yang jelas maksudnya.

3.  Pentadbiran ini ingin memaklumkan bahawa semua operasi secara online masih berjalan seperti biasa dan boleh dilaksanakan melalui gerbang Portal Rasmi PPTGWPKL dan gerbang Single Window Search (SWS).

4.    Pentadbiran ini juga memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dipihak YBhg. Datuk/Tuan/Puan. Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menjalankan amanah,

  nls
(Nor Laili Bt Safiin)
Penolong Pengarah
Bahagian Pendaftaran
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR.
Tel: 03-2610 3404   | Fax: 03-2610 3499
✉: laili@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points