SBC/CIR/124/2020
14th October, 2020

Dear Members & Pupils of the Selangor Bar,

The Selangor Bar has been notified by the Pengarah of the Selangor Courts with regard to the Hearing of Cases and Operations of the Court offices & Counters.

The said notification is reproduced below and members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you,

Murali Velautham
Chairman
Selangor Bar Committee

______________________________________________________________

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 12 Oktober 2020 berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor dan kenyataan media YBhg Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara bertarikh 12 Oktober 2020 serta bagi membantu Kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat, adalah telah saya dimaklumkan atas arahan oleh YAA Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa bagi Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan Malaysia, Mahkamah-Mahkamah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mahkamah-Mahkamah di Negeri Selangor dan Mahkamah-Mahkamah Rendah di Wilayah Persekutuan Putrajaya berkuat kuasa 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020, arahan-arahan berikut adalah terpakai:

(a) Bagi Prosiding Pendengaran Kes-kes di Mahkamah

E-mel Panduan Pengendalian Kes-Kes di Mahkamah Seluruh Malaysia Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 dan Akta Polis 1967 yang dikeluarkan oleh Pejabat ini bertarikh 17 Mac 2020; dan

(b) Bagi Operasi Kerja di Pejabat dan Kaunter-kaunter Perkhidmatan Mahkamah

E-mel Garis Panduan Pengendalian Kes dan Tatacara Pengendalian Piawai Pencegahan Wabak COVID-19 Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Pejabat ini bertarikh 3 Mei 2020.

Sekian, dimaklumkan. Terima Kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,
ROZILAH SALLEH
(ROZILAH BINTI SALLEH)
PENGARAH
MAHKAMAH NEGERI SELANGOR
KOMPLEKS MAHKAMAH SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

RECENT POSTINGS

Events with CPD points