SBC/CIR/098/2020
24th August, 2020

Dear Members & Pupils of the Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received a notification from the Pejabat Daerah/Tanah Klang regarding the above.

The said notification is reproduced below.

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you,

Murali Velautham
Chairman
Selangor Bar Committee
__________________________________________________________________________________

YBhg Dato' / YBrs Tuan,

PEMAKLUMAN TERKINI URUSAN DI UNIT PENDAFTARAN, PEJABAT DAERAH/ TANAH KLANG (PDTK)
(yang telah dimuatnaik ke portal PDTK dengan pindaan)

1) Pendaftaran baharu Surat Ikatan Amanah (PNPA) bagi hakmilik dengan syarat nyata Pertanian adalah DITANGGUHKAN berkuatkuasa 1 Jun 2020 sehingga diberitahu kelak;

2) Surat Kuasa Wakil (PA) bagi pemegang gadaian yang didaftarkan ke dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer, Pejabat Daerah/ Tanah Klang (SPTB, PDTK) pada tahun 2014 (contoh No. PT 61/2014) dan sebelum perlu didaftarkan semula ke dalam SPTB, PDTK melalui Kaunter Unit Pendaftaran, PDTK selagi pemegang Surat Kuasa Wakil (PA) masih sah. Arahan ini berkuatkuasa 15 September 2020 (maklumat lanjut seperti di pautan https://www.selangor.gov.my/klang/resources/HEBAHAN%202020/FAQ_-_Pemakluman_Terkini_17082020.pdf);

3) Urusan penyaksian Borang Kanun Tanah Negara (KTN) di PDTK adalah tertakluk kepada hakmilik Daerah Klang sahaja. Sesi penyaksian bagi Orang Awam yang tidak diwakili Firma Guaman adalah pada hari Khamis sahaja. Sesi penyaksian untuk Firma Guaman adalah melalui temujanji. Permohonan temujanji perlu dihantar secara emel ke alamat pendaftaranklang@selangor.gov.my;

4) Penyaksian dan pendaftaran perlu menggunakan Borang 14A yang terkini (N.L.C. 22A-Pin.3/2017) (contoh borang seperti di pautan https://www.selangor.gov.my/klang/resources/Borang%20Pendaftaran/BORANG_14A-_update_ 6JULAI2020.pdf). PDTK akan MENOLAK perserahan yang tidak menggunakan borang tersebut berkuatkuasa 1 September 2020.

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari portal PDTK di alamat https://www.selangor.gov.my/klang.php.

Sekian, terima kasih.

Unit Pendaftaran,
Pejabat Daerah/ Tanah Klang
17 Ogos 2020

RECENT POSTINGS

Events with CPD points