SBC/CIR/071/2020
01st July, 2020

Dear Members & Pupils of the Selangor Bar, 

Please take note that the Selangor Bar has received a notification from the Pengarah’s office that the Chief Judge of Malaya has instructed to reopen the Klang High Court (Criminal & Civil) effective from 10th July, 2020. 

The said notification is reproduced below.   

Thank you, 

Murali Velautham
Chairman
Selangor Bar Committee    
___________________________________________________________________________________

YBhg Dato’ / YBrs Tuan,

MAKLUMAN PEMBUKAAN MAHKAMAH TINGGI DI KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa YAA Hakim Besar Malaya telah mengarahkan pembukaan Mahkamah Tinggi di Klang, Selangor bagi mendengar kes-kes sivil dan jenayah dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya mulai 10 Julai 2020. Justeru:

a) Pemfailan kes-kes jenayah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya di Klang adalah mulai 10 Julai 2020(termasuk kes-kes rayuan dan permohonan jenayah); dan

b) Pemfailan kes-kes sivil (NCvC) di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya di Klang adalah mulai 1 Ogos 2020 (tidak termasuk kes-kes sivil di Mahkamah Tinggi Khas seperti Mahkamah Keluarga, Mahkamah Pembinaan dan lain-lain lagi).

3. Sebagai makluman awal,  satu (1) lagi Mahkamah Tinggi Jenayah tambahan di Shah Alam akan juga dibuka. Walau bagaimana pun tarikh Mahkamah tersebut beroperasi akan dimaklumkan kemudian.

4. Sehubungan dengan itu, sukacita sekiranya YBhg Dato’ / YBrs Tuan  dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan operasi Mahkamah - Mahkamah yang akan dibuka tersebut dapat berjalan lancar.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,       

ROZILAH SALLEH
(ROZILAH BINTI SALLEH)
PENGARAH MAHKAMAH NEGERI SELANGOR
KOMPLEKS MAHKAMAH SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN  

RECENT POSTINGS

Events with CPD points