SBC/CIR/019/2020
13th April, 2020

Members and Pupils of the Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received a notification from the Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

The said notification is reproduced below.

Members are advised to take note and be guided accordingly.

Thank you.

Secretariat
Selangor Bar Committee
___________________________________________________________________________________

NOTIS MAKLUMAN

PENERIMAAN ARAHAN PELANTIKAN PEGUAM BAGI PENGENDALIAN DOKUMENTASI KELULUSAN BAHARU PEMBIAYAAN PERUMAHAN LPPSA MELALUI JURIS CREDIT LOAN MANAGEMENT SYSTEM (LMS)

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), LPPSA telah mengeluarkan hebahan penangguhan operasi bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 28 April 2020 atau ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Walau bagaimanapun, beberapa operasi utama LPPSA masih diteruskan pada kadar minima dan terhad termasuk proses kelulusan pembiayaan perumahan.

Sehubungan itu, pelanggan yang telah diluluskan permohonan pembiayaan boleh membuat pengesahan pra-penerimaan kelulusan secara atas talian sepanjang tempoh PKP ini berlangsung. Arahan pelantikan peguam bagi pengendalian dokumentasi kelulusan baharu akan turut dihantar secara atas talian melalui Modul Juris Credit LMS kepada peguam yang telah dipilih oleh pelanggan. Peguam berdaftar LPPSA boleh membuat penerimaan pelantikan melalui Letter of Instruction (LI) Issuance Stage tanpa perlu menunggu tamat tempoh PKP.

Penerimaan segera pelantikan di atas adalah penting bagi mengelakkan sistem secara automatik membuat pelantikan semula peguam berdaftar LPPSA yang lain. Sila AMBIL PERHATIAN, Modul Juris Credit LMS yang digunapakai oleh peguam berdaftar LPPSA merupakan aplikasi berasaskan web dan ianya boleh diakses pada bila-bila masa dengan mudah termasuk melalui telefon bimbit pada pautan https://lms-locsas.lppsa.gov.my/jconvey.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh dikemukakan kepada LPPSA melalui https://etiket.lppsa.gov.my

13 APRIL 2020

RECENT POSTINGS

Events with CPD points