SBC/CIR/041/2019
12th June, 2019

Dear Members of the Selangor Bar,

Please take note that the Chief Registrar's Office will be conducting an E-Kehakiman Training Session for all the Law firms on the 17th June, 2019, Monday. (Members interested to attend are encouraged to follow the training schedule)

The email received from the Chief Registrar's Office is reproduced below for members' perusal.

Thank you,

Secretariat
Selangor Bar Committee

__________________________________________________________________________________


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

YDh. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI LATIHAN SISTEM E-KEHAKIMAN BAGI PENGGUNA AGENSI KERAJAAN DAN FIRMA GUAMAN TAHUN 2019 DI MAHKAMAH SHAH ALAM, SELANGOR

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Untuk makluman YDh. Datuk/Dato’/Tuan/Puan, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia akan mengadakan Latihan Sistem e-Kehakiman kepada para pengguna Agensi Kerajaan dan Firma Guaman di Mahkamah Shah Alam, Selangor pada 17 Jun 2019 (Isnin).

3. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi kemahiran pengguna sistem e-Filing dan juga memberi latihan mengenai modul dan fungsian baru yang telah dilaksanakan bagi menambahbaik kecekapan dan keberkesanan sistem kepada semua pengguna.

4. Bersama-sama dengan ini disertakan sesalinan surat rasmi dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia berkaitan perkara tersebut dan jadual Latihan di Lampiran A untuk makluman dan tindakan daripada YDh. Datuk/Dato’/Tuan/Puan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, pihak YDh. Datuk/Dato’/Tuan/Puan boleh berhubung dengan Puan Rosnaida binti Abdul Razak di talian 03-88803914 atau melalui emel [email protected].

5. Kerjasama dan tindakan awal daripada YDh. Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk memanjangkan jemputan ini kepada pengguna yang terlibat amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


HAMIDAH
(HAMIDAH BINTI MOHAMED DERIL)
Pengarah
Bahagian e-Kehakiman
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 3, Istana Kehakiman
Presint 3, 62506 Putrajaya

RECENT POSTINGS

Events with CPD points