SBC/CIR/063/2017
11th July, 2017

Dear Members of the Selangor Bar,

Please take note that the E-Court Phase 2 System will be implemented at the Court of Appeal and the Federal Court on Monday, 10 July 2017.

Kindly refer to the notice (reproduced below) received from the Bar Council on 7th July, 2017.


Thank you,

A.G. Kalidas
Chairman,
Selangor Bar Committee
___________________________________________________________________________________

Subject: PELAKSANAAN SISTEM EKEHAKIMAN FASA 2 DI MAHKAMAH RAYUAN DAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN
Importance: High


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Saya diarahkan untuk memaklumkan bahawa Sistem e-Kehakiman Fasa 2 akan mula dilaksanakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman, Putrajaya mulai hari ISNIN, 10 JULAI 2017.

3. Oleh yang demikian pemfailan semua rayuan baru dan semua permohonan baru bagi kes-kes sivil dan jenayah di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mulai 10 Julai 2017 hendaklah dilaksanakan secara e-filing sama ada secara online dari firma peguam masing-masing atau melalui kaunter Biro Perkhidmatan e-filing di Istana Kehakiman atau kaunter Biro Perkhidmatan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing. Pemfailan dokumen secara online boleh dibuat melalui http://efs.kehakiman.gov.my.

4. Namun begitu salinan hardcopy dokumen tersebut seperti lazimnya hendaklah juga difailkan ke Registri Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dalam tempoh seminggu selepas tarikh pemfailan online tersebut dibuat.

5. Kerjasama pihak Tuan/Puan adalah dipohon untuk memanjangkan makluman ini kepada semua peguam dan kakitangan yang terlibat di negeri/ agensi masing-masing.



Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menurut perintah,


(HAMIDAH BINTI MOHAMED DERIL),
Timbalan Pendaftar,
Bahagian e-Kehakiman,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Aras 3, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya.
Tel : 03 88803583

RECENT POSTINGS

Events with CPD points